lunes, mayo 16, 2011

Bahasa Indonesia Vs Bahasa Melayu

Salam..

Sesuai dengan tajuk di atas, entry ini akan membincangkan tentang bahasa Indonesia dan bahasa Melayu. Bukan tentang perbezaan ataupun persamaan antara keduanya, bukan tentang cara penggunaan yang baik dan betul daripada masing-masing bahasa, tetapi hanya tentang saya dan keduanya.

Bahasa Indonesia:
Saya telah mempelajari bahasa ini sejak saya berumur 6 tahun hingga saya berumur 18 tahun (read: tamat sekolah) dan selama itu pula, saya mampu menggunakan bahasa ini dengan baik dan betul. Saya bertutur dengan kata-kata yang tepat dan saya menggunakan kata sendi, kata penghubung, tanda baca dan intonasi yang bersesuaian.

Bahasa Melayu:
Saya mempelajari bahasa ini sejak hari pertama saya menjejakkan kaki di Malaysia (27 Dis 2006, yang menjelaskan bahawa saya telah berada di sini selama 4 tahun, 4 bulan dan 20 hari). Setiap hari bermula dari membuka mata hingga mahu tidur, saya berkomunikasi menggunakan bahasa ini. Ditambah dengan kelas bahasa Melayu, 2 kali dalam seminggu selama 1 tahun, membuat saya amat rapat dengan bahasa ini.

Saya masih mampu bertutur dalam bahasa Indonesia walaupun kadang-kadang dalam intonasi bahasa Melayu dan perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu sering terselit di dalamnya. Saya mampu bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu dengan baik dan betul walaupun terkadang ada perkataan dalam bahasa Indonesia yang terselit tanpa saya sedari.

Antara Bahasa Indonesia dan bahasa Melayu, I do love them both as I do love Indonesia dan Malaysia. Akan tetapi, lidah terkadang memerlukan waktu untuk beradaptasi dan sesungguhnya sifat nasionalisme seseorang ataupun sifat cintakan negara kelahiran, tidak boleh diukur hanya dengan berdasarkan kepada bahasa apa yang dituturkannya.

I keep bahasa Indonesia in my heart but I use bahasa Melayu on lips.

Peace ^^

2 comentarios:

Hans Hanis dijo...

wah
hebat lah menguasai 2 bahasa terus
walaupun bahasa antara 2 negara ada juga sedikit persamaan tetapi masih berlainan
hebat

Apakah Petua Untuk Hilangkan Ketumbit Dimata? Kongsikan

SiLv3R dijo...

hehehe, thank you :)