lunes, abril 02, 2012

Colmar Tropicale

Salam.

Mengawali  bulan April dengan entri jalan-jalan :)

Satu minggu setelah entry di bawah, pada hari Ahad yang indah, abg Airol yang merupakan teman kpd kakak sulung sy, berbaik hati mengajak jalan-jalan ke Colmar Tropicale ini.

Nampak dari depan


Nampak dari belakang


Resort dengan tema kota Perancis pada zaman pertengahan ini terletak di Berjaya Hill, dekat dengan Janda Baik di Bentong. Boleh ditempuh dalam masa 1 jam dari KL dan  lebih kurang 1.5 jam dari Bangi. *bergantung kepada kelajuan kereta tentunya ;)
Dekat, tetapi walaupun telah 5 tahun menetap di Bangi, ini merupakan pengalaman sy yang pertama. --"

Menurut info, (klik sini), resort ini terletak 2700 kaki di atas permukaan laut. Cukup tinggi tetapi tetap terasa panas --" Berbeza dengan Janda Baik yang memang betul-betul seperti Bandung. (*ouch, suddenly miss Bandung). Masa datang hari tu, kebetulan hujan, jadi awal-awal sejuk. Tapi setelah hujan berhenti, panas la pulak. Hiks



Colmar Tropicale ini terbagi menjadi dua, tempat ini:




dan tempat ini



yang bisa dicapai dengan trem yang bergerak setiap 30 minit drp bas stop berdekatan.

Tempat ini menyenangkan, menenangkan dan menyejukkan mata yang memandang. Sesuai untuk yang ingin berbulan madu, kerana tersedia bilik-bilik yang boleh disewa, dann juga sesuai untuk melepaskan keletihan pada hujung minggu akibat bekerja pada hari-hari lainnya.
Apapun, for me, this is the place where I want my prewedding pictures to be taken. Wuehehehe

Furthermore, just enjoy the pictures! TTYL :)

written by:
me, that love travelling :)

No hay comentarios: