Salam.
Semalam, 20 April 2012, mata bengkak tahap maksimum sebab banyak sangat menangis. Banyak sangat menangis pula, boleh diertikan dengan mampu menghabiskan satu kotak tissue bagi menghapus air mata yang berjurai. Hihihi. Mungkin berlebihan tetapi itulah realitinya :)
Hal ini terjadi selepas tengok cerita Ombak Rindu. Beberapa bulan lepas pun, hal sama berlaku, selepas tengok cerita Nur Kasih The Movie.
Dua cerita dari tanah Malaysia yang patut direkomendasikan dan patut dibanggakan. Bukti bahawa kru-kru perfileman Melayu telah berjaya menghasilkan cerita-cerita sehebat cerita Indonesia,
which makes me proud being related to both countries :)
Baiklah, saya bukanlah orang yang bijak dalam me-
review cerita, akan tetapi, sedikit penggambaran mengenai jalan cerita kedua filem tersebut daripada sudut pandang saya ialah:
Nur Kasih The Movie
Merupakan sebuah filem yang merupakan kelanjutan daripada siri Nur Kasih yang ditayangkan selama bulan Ramadhan pada tahun 2010. Dibintangi oleh Tiz Zaqiyah, Remi Ishak dan Fizz Fairuz. Sebuah filem yang amat kuat unsur keagamaanya dan tentu sahaja mulianya sebuah ikatan kekeluargaan, tanpa melupakan unsur cinta yang tulus :)
Secara ringkas menjelaskan mengenai fenomena Yin & Yang, filem ini bercerita tentang kekuatan Hitam dan Putih yang selalu menyatu apabila digabungkan. Betapa keduanya saling melengkapi walaupun berasal dari dua jenis sifat yang amat berbeza. Itulah mulianya ikatan kekeluargaan, karena sesungguhnya, kasih di dalam keluarga bersifat menerima tanpa apa jua syarat. Itulah juga yang ditunjukkan oleh Adam (Hitam) dan Aidil (Putih).
Putih amatlah sesuai apabila digandingkan dengan putih. Itulah yang akan terjadi apabila Nur dan Aidil bersatu. Tetapi, seperti yang memang seharusnya kita percayai, takdir dan kehendak orang tua, selalu menunjukkan kita jalan yang terbaik. Dimana akhirnya, gandingan Nur (Putih) dan Adam (Hitam) pada akhirnya menciptakan keserasian yang tidak dapat diterka pada awalnya. Betapa duka dan air mata hanyalah awal kepada sebuah ikatan perasaan yang dalam dan indah :')
Sungguh banyak pengajarang yang boleh diambil dalam cerita ini dan salah satunya ialah: Jalan hidup seringkali berkelok, hidup tidak selalu indah, tetapi apabila dalam hati ada iman dan rasa cinta, kita akan mampu melaluinya :)
Ombak Rindu The Movie
Sebuah filem indah yang mampu mengajarkan kita tentang salah satu subjek paling sukar dalam hidup: sifat ikhlas :) Ikhlas menerima apabila suami yang amat dicintai dan mencintai Anda terpaksa dikongsi bersama perempuan lain. Inilah trilogi cinta yang dilakonkan dengan amat baik oleh Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani :)
Sebuah filem yang membuat kita semakin yakin, bahawa Allah SWT telah menyiapkan cerita yang paling indah untuk kita jalani dalam kehidupan di dunia ini. Walaupun mungkin, saat ini kita tengah berada di salah satu kelok atau terperosok, always have faith in Allah dan bersabarlah :)
Pengajaran daripada filem ini: Hidup mengajarkan kita erti pedih, sedih dan kecewa, tetapi hidup juga memberikan kita kesempatan untuk merasakan indahnya sebuah senyuman, hangatnya ikatan antara suami dan istri, serta kuatnya rasa percaya.
Sebelum saya menangis (lagi) kerana menceritakan filem-filem ini, ada baiknya saya mengakhiri entri kali ini. :) Amat merekomendasikan kedua filem ini kepada semua pembaca blogger ini dan bagi semua yang berjantina perempuan, silahkan sediakan tissue secukupnya :D
Hidup ini indah, apabila kita percaya pada Allah SWT :)
TTYL
Written by:
A girl that is trying to be matured :)